KUNCI TERHEBAT DALAM PERNIAGAAN
Kebanyakkan usahawan yang baru berniaga, mereka akan mengalami dua situasi ngeri iaitu tidak berjaya buat banyak duit. Akhirnya mendorong kepada satu lagi situasi, di mana perniagaan mereka lingkup teruk dan akhirnya "tutup kedai".
Kuasai Formula M.E.S.T.I. Formula itu adalah M.E.S.T.I iaitu M=Mentor, E=Elmu, Sistem/Strategi yang betul, T=Tindakan yang betul & I=Impian yang jelas. Pentingnya usahawan memahami formula tersebut, yang terbukti membantu kita untuk mencipta jalan kejayaan menerusi perniagaan.
Ramai yang teruja apabila melihat orang lain berniaga dan berjaya mengubah kehidupan mereka. Tetapi mereka terlupa beberapa bahagian penting. Tanpa ilmu perniagaan, tanpa mentor yang terbukti berjaya, mereka akan terus dihimpit kegagalan dalam perniagaan. Hampir 90% diri usahawan mempunyai bahagian tersebut dalam diri mereka.
Mereka lebih rela melanggar dinding berkali-kali, membakar duit sendiri tanpa memperoleh sebarang pulangan, membuang masa dan tenaga melakukan perkara yang masih diragui keberkesanannya dan terus mencuba nasib. Akibat daripada situasi-situasi ini, keputusan terakhir mereka adalah mengangkat bendera putih dan menyerah kalah.
Penting untuk para usahawan memahami tentang 9 formula mencipta landasan kejayaan dalam perniagaan. Terutama untuk bakal usahawan dan usahawan yang baru mula berjinak-jinak dengan perniagaan. 9 formula ini dapat membantu untuk mengubah rentak perniagaan dengan serta merta.
1. Matlamat Perniagaan & Peribadi Yang Jelas
- Sebelum memulakan perniagaan, fahami dengan jelas tentang sebab utama untuk memulakan perniagaan. Kenapa memilih untuk berniaga? Apakah matlamat yang ingin dikecapi daripada perniagaan. Apakah impian anda? Hal ini kerana, perniagaan sebenarnya bertindak sebagai alat. Matlamat, impian dan sebab adalah kunci kepada kejayaan dalam perniagaan. Kebanyakkan usahawan yang berjaya dalam perniagaan, terdiri daripada golongan yang mempunyai matlamat yang jelas.
Matlamat yang jelas sangat penting. Selain membantu untuk fokus dalam mencapai apa yang diimpikan, ia dapat menyelamatkan diri daripada terpengaruh dengan emosi negatif, apabila menghadapi sebarang cabaran dan halangan dalam perniagaan.
2. Kenal Pasti Masalah, Kenal Pasti Penyelesaian
- Masalah utama yang berlaku dalam diri usahawan adalah gagal memasarkan produk atau perkhidmatan mereka dengan berkesan. Untuk menjadi usahawan berjaya, penting untuk mengenalpasti masalah sebanyak yang mungkin. Hal ini kerana, tugas perniagaan yang hakiki adalah menyelesaikan setiap masalah yang ada, menerusi produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Dalam perniagaan, lagi banyak mengenalpasti masalah, lebih mudah untuk melaksanakan strategi pemasaran dan mencipta keyakinan dalam diri pelanggan terhadap perniagaan.
3. Strategi "Bootstrap"
- Usahawan yang gagal sering menyalahkan isu modal sebagai alasan mereka gagal, atau tidak berjaya dalam perniagaan. Hakikat yang sebenar adalah, tidak perlu modal perniagaan yang besar untuk bermula. Terdapat juga usahawan yang memulakan perniagaan dengan jumlah modal yang kecil. Strategi ini dikenali sebagai strategi "bootstrap".
Strategi "bootstrap" ialah memulakan perniagaan menggunakan apa yang ada dalam diri. Seperti bakat, minat atau kemahiran sedia ada untuk menawarkan perkhidmatan atau produk kepada para pelanggan yang memerlukan. Selain itu, boleh juga menjual produk atau perkhidmatan milik orang lain. Dalam masa yang sama, kesabaran juga memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan strategi ini.
4. Test, Trial and Adjust (Dare to Explore)
- Istilah menguji adalah istilah yang terbaik bagi menjelaskan formula yang keempat ini. Penting untuk usahawan menguji permintaan di pasaran, dengan menjalankan percubaan demi percubaan supaya produk atau perkhidmatan dapat diterima di pasaran.
Sentiasa "up to date" serta ambil perhatian terhadap maklum balas yang diberikan. Laksanakan penambahbaikan sehingga kita benar-benar berpuas hati. Langkah ini penting sebelum memasarkan produk atau perkhidmatan secara agresif dan besar-besaran.
5.
Guna Keuntungan Untuk Kembangkan Perniagaan
- Formula ini adalah formula yang kritikal dalam perniagaan, terutamanya untuk perniagaan yang baru bertapak. Perniagaan yang berjaya menjana keuntungan semasa ia masih kecil, akan terus berjaya mengaut keuntungan sebaik sahaja perniagaannya berkembang besar. Hal ini kerana, keuntungan yang konsisten dapat membuatkan perniagaan untuk mempunyai aliran tunai yang bagus.
Bijaklah dalam merancang aliran tunai untuk perniagaan. Simpan duit sebanyak mungkin supaya dapat kembangkan perniagaan, tanpa perlu melakukan pinjaman.
6.
Memilih "Tentera" Perniagaan Dengan Teliti & Betul
- Maksud "tentera" adalah pekerja. Anda tidak akan mampu menguruskan perniagaan seorang diri. Usahawan yang bijak adalah usahawan yang pandai memilih pekerja yang bagus, untuk membantu mencipta lebih banyak kejayaan. Untuk mendapatkan tentera yang berkualiti, komited dan bagus, langkah terbaik yang boleh dilakukan adalah menulis senarai "pekerja impian". Tulis mengikut kriteria yang diingini, supaya ia dapat dijadikan sebagai satu garis panduan apabila memilih pekerja.
7.
Kembangkan Perniagaan Menerusi Fasiliti Perniagaan
- Apabila berjaya menjana keuntungan yang konsisten dan mempunyai aliran tunai yang positif, ia adalah isyarat yang mencerminkan kredibiliti untuk diberikan pinjaman. Walaupun membuat pinjaman adalah satu tindakan yang berisiko, namun ia sebenarnya adalah langkah yang bijak bagi usahawan yang celik wang. Wang itu boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan dengan lebih pantas. Perkara yang paling penting adalah berdisiplin dalam memperkemaskan aliran wang tunai syarikat. Pastikan setiap transaksi duit keluar masuk dilakukan dalam satu akaun bank sahaja. Ini adalah kesilapan besar yang sering dilakukan oleh majoriti usahawan. Termasuklah yang baru atau yang sudah berpengalaman bertahun-tahun dalam perniagaan. Aliran tunai adalah indikator penting pihak bank. Untuk memudahkan mendapat fasiliti kewangan atau pinjaman daripada pihak penting, penting untuk peniaga menunjukkan aliran tunai yang konsisten, positif dan bagus.
8.
Mulakan Perniagaan Sampingan
- Dalam keadaan ekonomi yang huru-hara kini, ramai orang yang bekerja sepenuh masa memasang cita-cita untuk memulakan perniagaan sendiri. Tanggungjawab peniaga baru sangatlah besar terutama bila buat perniagaan sampingan sambil bekerja. Sebelum bermula, pilih perniagaan yang tidak mengganggu kerja, modal, kecil dan ada minat. Pengurusan masa adalah kunci kejayaan.
9.
Menguasai Teknik Pemasaran
- Konsisten merupakan kunci utama kejayaan dalam sesebuah perniagaan. Ilmu pemasaran adalah ilmu yang wajib dikuasai oleh setiap usahawan. Hal ini kerana, ilmu tersebut akan digunakan untuk menarik ramai pelanggan, untuk meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan secara drastik. Sentiasa bersiap sedia buka minda untuk menambah ilmu pemasaran. Belajar selok belok ilmu bagi menarik pelanggan menerusi buku-buku atau seminar-seminar yang dianjurkan oleh pakar perniagaan. Ilmu pemasaran yang betul dan terbukti berkesan, dapat menjana keuntungan dengan pantas. Bak kata
billionair Donal Trump, "Produk yang bagus akan tetap gagal, apabila usahawan itu tidak mempunyai ilmu pemasaran".