Monday, 28 October 2013

ASAS PEMASARAN BERKESAN

ASAS PEMASARAN BERKESAN

1. Rancang dan laksanakan pemasaran dengan berkesan. Sentiasa tekun mendekati prospek pasaran dengan apa jua cara dan berusaha menguasai pasaran tanpa mudah berputus asa. Jangan menidakkan kehendak pelanggan, selagi praktikal dan selagi mampu.


2. Uruskan rekod yang sistematik. Maklumat pelanggan perlu dikemaskini dan disusun supaya mudah dicari dan dikenal pasti untuk kegunaan seluruh organisasi.


3. Dapatkan “referrals” atau perkenalan melalui pelanggan. Pelanggan anda boleh menjadi saluran pemasaran tidak langsung yang amat berkesan. Layanlah pelanggan anda dengan baik supaya pelanggan anda akan “membawa mulut” dan menyebar maklumat dan mengembangkan perniagaan anda.


4. Anda sendiri menggunakan produk anda. Anda harus menggunakan produk yang akan anda pasarkan supaya anda lebih yakin dan dapat memahami lebih banyak kebaikan produk tersebut. Ini memudahkan anda meyakinkan pelanggan.


5. Perkayakan pengetahuan anda tentang produk. Sentiasalah membaca semua maklumat berkenaan produk serta mengikuti sebanyak mungkin seminar atau sesi penerangan yang berkaitan.


6. Sediakan bahan persembahan produk. Anda perlu menyediakan segala kemudahan untuk tujuan persembahan, termasuklah testimonial dan potongan akhbar jika ada.


7. Sediakan senarai nama bakal pelanggan. Cuba dapatkan sebanyak mungkin nama-nama pelanggan dan tentukan alamat dan nombor telefon mereka dicatat dan disimpan dengan baik.


8. Usahakan perjumpaan dengan pelanggan. Buat appointment dengan semua bakal pelanggan dan berjumpa mereka di masa yang ditetapkan.


9. Seboleh-bolehnya dapatkan jualan tunai. Tetapkan matlamat untuk uruskan jualan anda secara tunai.



10. Tumpukan perbincangan kepada hal-hal perniagaan. Matlamat perbincangan anda hendaklah tertumpu kepada usaha menarik perhatian pelanggan terhadap produk atau khidmat anda dan akhirnya berlaku penjualan. Elakkan membincangkan hal-hal peribadi atau membuat perbincangan rambang.


11. Bersikap yakin diri. Bayangkan diri anda adalah yang terbaik di dalam bidang anda kerana sifat yakin diri ini merupakan pendorong motivasi utama yang sangat berkesan.


12. Biasakan diri dengan percakapan positif. Latih diri untuk sentiasa melahirkan kata-kata yang positif. Seboleh-bolehnya, buat latihan ini di hadapan cermin.


13. Serius dalam membuat keputusan. Selalulah membuat keputusan dengan serius, kerana keputusan yang serius akan melahirkan komitmen yang tinggi dan mendorong anda mengubah masa depan anda.


14. Kenal pasti kelemahan teknik jualan. Kelemahan dan kekurangan kemahiran di dalam jualan perlu dikenal pasti. Ambil tindakan atau buat rancangan bagi menutup kelemahan dan kekurangan itu.

15. Jaga kesihatan diri. Anda memerlukan tenaga yang banyak untuk bekerja keras, berkejar ke sana sini untuk menemui pelanggan dan pembekal.


16. Gunakan kata-kata yang dapat ‘menjual’. Contoh: anda/ kamu, sihat, wang, mudah, percuma, ya / betul, pantas / cepat, berfaedah, banyak manfaat, gembira
/ seronok, terbukti, selamat, jimat, baru, selesai, sayang, cantik, lawa, tahan lama.

Tuesday, 22 October 2013

Asas perakaunan untuk sme dan iks

 Asas perakaunan untuk sme dan iks

Akaun bisnes kecil cara mudah

Ramai usahawan baru atau pekerja makan gaji yang baru berjinak-jinak dengan bisnes part-time, menghubungi saya untuk bertanya mengenai bagaimana menyimpan akaun perniagaan. Mereka ini terdiri daripada peniaga kecil yang berniaga produk-produk seperti cupcake, pakaian bayi, tudung, aksesori wanita, secara kecil-kecilan sama ada online atau offline.
Pertama sekali, tahniah diucapkan kerana anda semua berani menceburkan diri ke alam perniagaan. Bukan senang nak buat perniagaan walaupun kecil. Saya menyokong niat suci anda dan mendoakan perniagaan anda berjaya.
Saya ingin menceritakan di sini bahawa penyimpanan rekod dan akaun perniagaan adalah suatu yang mudah. Tak perlu lah anda risau melampau takut diaudit oleh LHDN atau pening kepala kerana tak pandai buat akaun. Menyimpan akaun ini boleh dilakukan walaupun perniagaan anda masih kecil, hatta jika anda menjual barang di eBay sekalipun.
Mereka (peniaga kecil) merungut kepada saya bahawa mereka pernah bertanya soalan ini kepada kawan-kawan mereka yang belajar jurusan accountancy. Para akauntan ini memberikan jawapan yang rumit mengenai sistem akaun seakan-akan peniaga ingin membuka perniagaan jutaan ringgit. Perlu ada general ledger, double entry bookkeeping system, this and that statement, etc. sehinggakan kakak yang ingin menjual tudung di ofis pun jadi takut mengenai akaun.

Saya ingin menghuraikan cara mudah menyimpan akaun dan rekod perniagaan anda. Dengan menyimpan rekod yang lengkap, anda dapat melihat perkembangan perniagaan anda dan membuat rancangan untuk mengembangkan perniagaan ke tahap seterusnya.
(DISCLAIMER: segala yang ditulis dalam entri ini adalah cadangan peribadi penulis semata-mata. Penulis tidak bertanggungjawab atas segala yang berlaku natijah daripada anda mengikuti cadangan penulis).
Berikut adalah langkah-langkah menyimpan rekod perniagaan dengan mudah, tanpa memeningkan kepala mempelajari sistem perakaunan yang susah-susah:

1. Akaun bank berasingan

Walaupun anda berniaga kecil-kecilan tanpa mendaftarkan syarikat, anda sepatutnya mengasingkan duit peribadi anda daripada duit perniagaan. Jika anda sudah mendaftarkan perniagaan (samada bentuk pemilik tunggal, perkongsian atau Sdn Bhd), maka lebih wajiblah anda membuka akaun bank untuk perniagaan dan mengasingkan wang peribadi anda daripadanya.
Jika anda tidak mendaftarkan perniagaan, buka akaun bank kedua atas nama anda untuk menyimpan tunai yang terhasil dari perniagaan anda.
Simpan semua rekod transaksi bank tersebut. Penyata bulanan bank anda adalah dokumen terpenting dalam perniagaan anda. Dengan penyata inilah anda dapat melihat tahap “kesihatan” perniagaan anda. Untuk yang nak memohon kemudahan kewangan daripada bank atau agensi kerajaan, penyata bank adalah dokumen utama yang disemak oleh pegawai pinjaman.
Adalah sangat penting anda mengasingkan duit perniagaan dengan duit peribadi. Setiap transaksi antara kedua-dua akaun tersebut mestilah dicatat. Jangan campur aduk wang peribadi dengan perniagaan. Ini adalah langkah pertama yang anda perlu ambil untuk menyimpan rekod perniagaan yang bersih.

2.  Kos inventori (Belian)

Perkara kedua yang perlu anda buat setelah membuka akaun bank ialah membeli barangan yang akan dijual atau inventori. Barangan ini boleh jadi dalam bentuk bahan mentah (tepung, gula, icing, etc jika anda membuat cupcake) atau bahan siap (contoh: beg tangan, kasut).
Rekod kesemua kos tersebut dengan lengkap: tarikh, item, kuantiti, harga, nama penjual. Itu sahaja. Pastikan anda menyimpan resit bagi semua transaksi yang anda buat.
Catat semua belian anda di dalam satu jadual (hardcopy atau Excel). Column yang perlu ada ialah tarikh, item, kuantiti, harga, dan penjual.
Saya membuat andaian kesemua jualan anda adalah dalam bentuk tunai, bukannya kredit. Perniagaan kecil biasanya menggunakan tunai sahaja.

3. Jualan

Sekali lagi, saya membuat andaian kesemua jualan anda adalah dalam bentuk tunai (jika tidak, mungkin entri ini tak sesuai untuk anda). Tunai adalah “lifeblood” bagi perniagaan kecil, jadi pastikan setiap jualan anda dilangsaikan dengan tunai tanpa ada tempoh hutang.
Untuk setiap jualan, anda perlu mencatit maklumat berikut: tarikh, item, kuantiti, harga, diskaun (jika ada), nama pembeli. Pastikan setiap transaksi direkod dengan menyimpan resit atau slip pembayaran.
Catat semua jualan anda di dalam satu jadual (hardcopy atau worksheet Excel). Sekarang kita sudah ada dua jadual, Belian dan Jualan.

4. Kos-kos lain (Expenses)

Expenses ialah segala kos yang ditanggung dalam perniagaan selain daripada kos membeli bahan mentah dan menghasilkan produk siap untuk dijual. Ini termasuklah pengangkutan, postage, printing, bil elektrik/air/telefon, sewa pejabat, gaji pekerja, marketing, packaging, dan sebagainya.
Sekali lagi, saya menganggap setiap kos-kos tersebut dilangsaikan dalam bentuk tunai (sesuai untuk perniagaan kecil). Catat setiap expenses tersebut dan rekod dalam satu jadual hardcopy atau Excel worksheet. Ini adalah jadual ketiga anda, selepas Belian dan Jualan.

5. Ambilan dan Modal

Ambilan dan Modal adalah pertukaran wang/produk antara akaun peribadi dan akaun perniagaan. Contohnya, jika anda ingin mengambil satu pasang pakaian bayi dalam inventori anda untuk digunakan oleh anak anda sendiri, ini dikira sebagai ambilan. Begitu juga jika anda ingin mengambil wang daripada akaun perniagaan untuk digunakan secara peribadi. Ini juga wajib direkod.
Modal adalah sebaliknya: menggunakan wang peribadi untuk kegunaan perniagaan, atau menggunakan perkakas peribadi untuk kegunaan perniagaan. Ini juga perlu dicatat.
Setiap duit yang bertukar tangan antara akaun peribadi dengan akaun perniagaan anda mesti dicatat, sama ada sebagai ambilan (perniagaan –> peribadi) atau sebagai modal (peribadi –> perniagaan).

_______________________________________
Sekarang kita sudah ada 5 Jadual: Belian, Jualan, Expenses, Ambilan dan Modal. Ini sudah cukup untuk kegunaan peniaga-peniaga kecil yang membuat all-cash transaction, iaitu tiada belian atau jualan kredit, atau pinjaman.

Pastikan duit yang diterima daripada jualan dimasukkan ke dalam bank dengan kerap supaya baki bank anda melambangkan wang yang dimiliki oleh perniagaan anda dengan tepat. Sebaik-baiknya minta pembeli bank-in terus bayaran ke dalam akaun anda.
Saya pernah berborak dengan seorang taukeh kedai Mamak di KL yang memberitahu saya bahawa beliau mempunyai seorang staff yang kerjanya pergi ke bank setiap 30 minit untuk deposit semua wang tunai yang diterima di cash register machine.

Kurangkan simpan duit dalam bentuk petty cash (di luar bank) melainkan untuk beberapa expenses yang tertentu sahaja. Menyimpan petty cash yang banyak boleh meningkatkan nafsu anda untuk mengambil duit itu untuk berbelanja untuk kegunaan peribadi. Dengan ini, tunai bisnes anda akan berkurang.
Guna cek untuk membayar bil, gaji pekerja dan supplier untuk meningkatkan aktiviti akaun bank anda. Kos sekeping cek ialah lebih kurang RM0.50.

Kadangkala anda diminta untuk memberi akaun kewangan yang lengkap untuk disemak. Akaun kewangan lengkap terdiri daripada tiga dokumen: income statement, cashflow statement, dan balance sheet. Anda akan diminta menyiapkan ketiga-tiga dokumen ini kalau anda ingin membuat pinjaman, atau ingin memohon geran.
Anda boleh membina ketiga-tiga dokumen tersebut dengan 5 Jadual yang saya huraikan tadi — Belian, Jualan, Expenses, Ambilan dan Modal. Tak perlu pening-pening kepala, cuma tunjukkan 5 jadual tersebut kepada rakan anda yang pernah belajar accountancy, nescaya rakan anda itu boleh menghasilkan IS/CF/BS untuk perniagaan anda.

Anda seharusnya membiasakan diri anda menyimpan rekod perniagaan yang lengkap walaupun perniagaan anda masih kecil (e.g. menjadi pengedar produk atau menjual barangan di pejabat secara part-time). Dengan menyimpan rekod perniagaan, anda dapat mengkaji untung rugi perniagaan anda, disamping membolehkan anda mengembangkan perniagaan anda di masa hadapan.

Menyimpan rekod bagi perniagaan kecil adalah mudah, tak perlu degree accountancy atau pergi kursus-kursus yang mahal. Anda cuma perlu simpan 5 Jadual sahaja — Belian, Jualan, Expenses, Ambilan dan Modal. Semua transaksi yang penting dalam perniagaan kecil terkandung dalam kelima-lima jadual tersebut.
Jika perniagaan anda dah besar nanti, baru anda perlu fikir mengenai sistem perakaunan yang canggih-canggih. Untuk peniaga kecil, fokus untuk kembangkan perniagaan dan banyakkan cash sales anda. Gunakan sistem menyimpan rekod yang mudah dahulu.
Semoga berjaya!

Wednesday, 2 October 2013

JANGKAMASA PENDAFTARAN DAN PROSES KELULUSAN PENDAFTARAN??

(PENDAFTARAN SDN BHD BIASANYA MENGAMBIL MASA MINIMA 7 HINGGA MAKSIMA 14 HARI BEKERJA)

  1. CARIAN NAMA SYARIKAT DAN KELULUSAN NAMA SYARIKAT OLEH SSM                 (1-3 HARI)
  2. PENYEDIAAN DOKUMEN PENDAFTARAN SYARIKAT                                                        (1 HARI)
  3. MENANDATANGANI DOKUMEN OLEH PENGARAH SYARIKAT                                       (1 HARI)
  4. ATTESTATION OF DECLARATION FORM         (1 HARI)
  5. PENYERAHAN DOKUMEN YANG DITANDATANGANI KEPADA SSM                                (1 HARI)
  6. PENYERAHAN SIJIL PENUBUHAN SYARIKAT OLEH SSM                                                    (1-2 HARI)
                      JUMLAH HARI                                            [ 10-14 HARI ]


 :) Kepada sesiapa yang berminat boleh pm


atau sms ke 013-4582460

Anda juga boleh layari BLOG kami :


APA YANG ANDA DAPAT BILA MENDAFTAR DENGAN KAMI??



**CARIANNAMA (1 NAMA) DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

**PERLANTIKAN PENGARAH SYARIKAT

**MODAL DIBENARKAN RM100,000 DAN MODAL BERBAYAR RM2 HINGGA RM10K

**PENYEDIAAN MEMORANDUM AND ARTICLES OF ASSOCIATION (M&A)

**BAYARAN PENDAFTARAN RM1,000 BERBAYAR KEPADA SSM UNTUK MODAL DIBENARKAN RM100,000

**MINIT MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH

**PENGGUNAAN ALAMAT KAMI SEBAGAI ALAMAT BERDAFTAR

**RESOLUSI LEMBAGA PENGARAH BAGI PEMBUKAAN AKAUN BANK

**5 SET YANG DISAHKAN TERMASUK 49, 44, BORANG 9 DAN M & A

**COP MOHOR SYARIKAT

 :) Kepada sesiapa yang berminat boleh pm


atau sms ke 013-4582460

Anda juga boleh layari BLOG kami :


APA YANG ANDA PERLU SEDIAKAN UNTUK MENDAFTAR SDN BHD??

**SALINAN KAD PENGENALAN SETIAP PENGARAH (SEKURANG-KURANGNYA DUA(2) ORANG PENGARAH

**TIGA(3) NAMA CADANGAN PERNIAGAAN



**JENIS PERNIAGAAN (CONTOH: PEMBINAAN, BUTIK, PERUNDINGAN, BENGKEL, etc)

**Alamat perniagaan


 :) Kepada sesiapa yang berminat boleh pm


atau sms ke 013-4582460

Anda juga boleh layari BLOG kami :


Khidmat Kami??

PERKHIDMATAN KAMI :

  • KHIDMAT PERAKAUNAN (PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN TAHUNAN :LEJER, PENYATA UNTUNG RUGI DAN KUNCI KIRA-KIRA
  • KHIDMAT PERCUKAIAN (PENDAFTARAN KE LHDN, PENYEDIAAN TAFSIRAN, PEMBAYARAN CUKAI)
  • KHIDMAT AUDIT
  • KHIDMAT MENYEDIAKAN KERTAS KERJA RANCANGAN PERNIAGAAN BAGI PERMOHONAN PINJAMAN PERNIAGAAN
  • PENDAFTARAN PERNIAGAAN (MILIKAN TUNGGAL ATAU PERKONGSIAN)
  • KHIDMAT MENYEDIAKAN PROFIL SYARIKAT
  • KHIDMAT PENDAFTARAN LESEN KEWANGAN (MOF) & ePEROLEHAN
  • KHIDMAT PERMOHONAN LESEN AGENSI PELANCONGAN
  • KHIDMAT PENDAFTARAN PERMIT ASING BAGI EXPATRIATE
  • KHIDMAT PENDAFTARAN LESEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) LESEN SIGNBOARD & LESEN PRIMIS

  :) Kepada sesiapa yang berminat boleh pm


atau sms ke 013-4582460

Anda juga boleh layari BLOG kami :

Kenapa perlu mendaftar SDN BHD??



**PENGURUSAN PERAKAUNAN DAN KEWANGAN LEBIH TERATUR DAN SISTEMATIK

**PELUANG MENDAPAT PEMBIAYAAN ATAU PINJAMAN PERNIAGAAN LEBIH TINGGI (RM300,00)

**PELUANG MENDAPAT PINJAMAN PERNIAGAAN DENGAN JUMLAH LEBIH BESAR

**MENINGKATKAN PRESTIJ DAN IMEJ PERNIGAAN

**MENDAPAT KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN LEBIH TINGGI

**GERAN KERAJAAN KEBANYAKANNYA DIBERIKAN KEPADA SYARIKAT SDN BHD

**PELUANG MENDAPAT TENDER KERAJAAN DENGAN NILAI LEBIH TINGGI


(TAHUKAH ANDA!!! TENDER KERAJAAN KEBANYAKANNYA DIBERIKAN KEPADA SYARIKAT SDN BHD)


 :) Kepada sesiapa yang berminat boleh pm


atau sms ke 013-4582460

Anda juga boleh layari BLOG kami :


Pinjaman Perniagaan

 :) Kepada sesiapa yang berminat boleh pm


atau sms ke 013-4582460

Anda juga boleh layari BLOG kami :


  LANGKAH-LANGKAH  UNTUK MENUBUHKAN  SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD)