Thursday, 7 May 2020

PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MEMULAKAN PERNIAGAAN (PART 3)


MENYEDIAKAN MODAL BAGI PERNIAGAAN.



Setelah mengkaji dan faham berkaitan perniagaan anda, tujuan perniagaan anda, target pelanggan serta matlamat perniagaan dan mengetahui cara mendapatkan modal untuk kos permulaan perniagaan.  Berdasarkan status kewangan perniagaan yang terancang akan menggambarkan perniagaan kita pada masa akan datang.

Selalunya, sebelum memulakan perniagaan, anda akan menggunakan istilah "Business Model Canvas" atau BMC.  "Business Model Canvas" atau BMC ini sangat berguna untuk menjana pendapatan perniagaan dan dapat menguruskan risiko daripada mula perancangan perniagaan lagi.

"Business Model Canvas" atau BMC merupakan sesuatu pelan yang digunakan untuk menguji kekuatan idea perniagaan yang bakal atau sedang kita laksanakan.  Tambahan pula, ia adalah ilmu asas yang wajib diketahui dalam bidang perniagaan dan sering digunakan untuk memulakan perniagaan, penambahbaikkan atau memulihkan perniagaan dan memperluas empayar perniagaan.


"Business Model Canvas" mempunyai 9 segmen langkah yang perlu diikuti.  Merujuk gambar yang disediakan di bawah, bermula dari nombor 1 sehingga nombor 4 adalah bahagian yang terpenting diikuti oleh nombor yang lain.


Gambar di atas menunjukkan 9 segmen BMC.








PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MEMULAKAN PERNIAGAAN (PART 2)


SENARAI SEMAKAN SEBELUM MULA BERNIAGA.


Sebelum menjalankan sesuatu perniagaan, anda perlu menyenaraikan semua perkara penting yang diperlukan seperti:


1. Merancang "plan" perniagaan.


- Merancang "plan" yang kukuh, menyediakan "market research", merancang struktur perniagaan,        memberi nama perniagaan,  mencari lokasi perniagaan yang sesuai, mengadakan "market & sales" dan jenis aktiviti perniagaan yang akan dilaksanakan.


2. Kewangan.


- Mengetahui kewangan yang diperlukan sama ada memerlukan pinjaman modal dari bank @ tidak serta menyediakan semua dokumen yang penting.


3. Daftar perniagaan.



- Mendaftarkan perniagaan untuk memiliki lesen perniagaan yang sah, mendaftar nombor perniagaan, mendaftar tax dan lain-lain berkaitan perniagaan anda.









Tuesday, 5 May 2020

PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MEMULAKAN PERNIAGAAN (PART 1)


PERKARA YANG PERLU ANDA KETAHUI SEBELUM MEMULAKAN ATAU MELAKSANAKAN SESUATU PERNIAGAAN.




Membina sesebuah perniagaan bukanlah mudah. Perniagaan yang dijalankan akan melibatkan keuntungan yang menguntungkan dan kerugian yang boleh membawa kepada masalah.  Sebelum anda ingin memulakan sesuatu perniagaan, anda perlu melakukan kajian terhadap selok belok perniagaan yang ingin anda ceburi.

Buat Kajian Berkaitan Perniagaan Anda.

Sebelum memulakan perniagaan, anda perlu melakukan kajian berkaitan perniagaan tersebut supaya anda lebih bersedia dan memahami perjalanan perniagaan anda.  Antara perkara yang boleh anda lakukan adalah:

  • Fahami perniagaan - Mempunyai ciri orang berniaga, memahami kesan berniaga dan mengetahui peluang berniaga.
  • Fikirkan idea - Membuat kajian sama ada idea anda relevan, contoh : siapa nak belu produk kita?. Bagaimana hendak memasarkan produk anda.
  • "Plan" perniagaan - Mengetahui cara merancang perniagaan yang berkesan, merancang kesinambungan perniagaan dan mencari maklumat untuk "market research".
  • Membeli atau membuat perniagaan sendiri - Anda perlu mengetahui kelebihan dan kekurangan sama ada membeli produk yang sedia ada ("francais" atau syarikat orang lain) atau menggunakan produk sendiri.
  • Struktur perniagaan - Memahami struktur perniagaan sama ada milikan tunggal, perkongsian, perbadanan dan koperasi.






Saturday, 2 May 2020

APA YANG ANDA PERLU TAHU?


Apa Yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Sendirian Berhad (Sdn Bhd)?


Kebanyakkan daripada kita ingin memulakan perniagaan sendiri, disebabkan tidak suka bekerja dengan orang lain atau keinginan menjadi bos yang tinggi.  Terdapat dua jenis perniagaan yang sering digunakan oleh para peniaga iaitu perniagaan online atau offline.  Perniagaan sendirian berhad atau SDN. BHD. sering berkaitan dengan jenis perniagaan yang telah banyak ditubuhkan.  Selain itu, ada juga di antara anda yang ingin menaik taraf syarikat daripada perniagaan Enterprise kepada syarikat Sendirian Berhad. 





Perbezaan Antara Enterprise dan Sdn Bhd atau Berhad.

ENTERPRISE

1. Liabiliti tidak terhad.
- Dari sudut perundangan, perniagaan enterprise tidak terpisah dari pemiliknya.  Dengan kata lain, sekiranya berlaku penutupan perniagaan disebabkan muflis, pemilik akan turut sama menjadi muflis dan harta benda mereka akan disita.

2. Tiada kesinambungan.
- Perniagaan enterprise akan terbubar sekiranya berlaku kematian kepada salah seorang pemiliknya. 

3. Kurang kredibiliti.
- Perniagaan enterprise secara asasnya merupakan sejenis perniagaan yang ditubuhkan dengan kos yang sangat murah. Perniagaan ini juga tidak mempunyai kewajipan untuk memfailkan laporan audit dan kewangan kepada SSM.

4. Susah untuk mendapat pengecualian cukai.
- Perniagaan enterprise boleh dikatakan susah atau hampir tiada pengecualian cukai diberikan kepada mereka.

SDN BHD ATAU BERHAD

1. Liabiliti terhad.
- Syarikat Sdn Bhd atau Berhad merupakan sejenis perniagaan berhad dengan modal saham. Dengan erti kata lain, sekiranya berlaku penutupan perniagaan disebabkan muflis, pemilik dan aset mereka akan terselamat.  Yang disita hanyalah harta benda syarikat sahaja.

2. Kesinambungan berterusan.
- Pemilikan dalam syariakat Sdn Bhd atau Berhad dengan diwakili dengan jumlah pegangan seseorang individu terhadap saham sesebuah syarikat tersebut.  Saham yang dipegang seseorang pemilik itu tidak boleh di pindah milik pada bila-bila masa sahaja.  Oleh itu, syarikat tidak sesekali akan terjejas walau dengan kematian mana-mana seorang dari pemiliknya pada masa kematian mereka.

3. Kredibiliti Bertambah.
- Syarikat Sdn Bhd atau Berhad ditubuhkan dengan sejumlah kos yang lebih tinggi dari enterprise. Syarikat juga diwajibkan melantik setiausaha dan auditor professional untuk membantu mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta. Laporan kewangan dan tahunan mereka juga setiap tahun diwajibkan untuk difailkan ke SSM. Ini membuatkan kredibiliti Syarikat Sdn Bhd atau Berhad lebih tinggi dan diyakini oleh pihak ketiga yang ingin berurusan dengan mereka.

4. Mendapat pelbagai insentif pengecualian cukai.
- Pengecualian cukai merupakan diantara kelebihan yang besar diperolehi oleh Syarikat Sdn Bhd atau Berhad. Pelbagai insentif pengecualian cukai dinikmati mereka dengan tujuan untuk merancakkan lagi ekonomi negara.







BAGAIMANA HENDAK MENUBUHKAN SYARIKAT SDN BHD?



Bagaimana Hendak Menubuhkan Syarikat Sdn Bhd?



Sediakan maklumat seperti berikut:

1. Beri tiga pilihan nama syarikat.

2. Beri tiga cadangan aktiviti perniagaan syarikat.

3. Cadangan akaun bank syarikat.

4. Alamat tempat tinggal bakal pengarah syarikat (jika alamat berbeza dengan kad pengenalan).

5. Alamat tempat tinggal bakal pemegang saham syarikat (jika alamt berbeza dengan kad pengenalan)

6. Nama penandatangan buku cek syarikat.

7. Syarat penandatangan buku cek syarikat.

Anda juga perlu menyediakan dokumen sokongan iaitu salinan kad pengenalan bakal pengarah  dan bakal pemegang saham syarikat.  Setelah kesemua dokumen di atas lengkap, buat temujanji dengan setiausaha syarikat.  Proses penubuhan syarikat syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mengambil tempoh antara 5 hingga 10 hari.








  LANGKAH-LANGKAH  UNTUK MENUBUHKAN  SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD)