Wednesday, 2 September 2020

 


LANGKAH-LANGKAH  UNTUK MENUBUHKAN 

SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD)

















Saturday, 15 August 2020

KELEBIHAN DAFTAR SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD

 

10 KELEBIHAN DAFTAR SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD



1. Tanggungan atau liabiliti terhad.
- Pemilik syarikat hanya akan rugi setakat modal yang dilaburkan ke atas syarikat. Aset lain yang tidak didaftarkan di atas nama syarikat tidak akan terjejas sekiranya syarikat diisytiharkan muflis.

2. Ada kesinambungan.
- Sekiranya terjadi sesuatu ke atas pemilik syarikat, pegangan saham boleh dijual kepada pemilik baru dan ini memastikan operasi syarikat berterusan. Syarikat tidak perlu dibubarkan seperti entiti        milikan tunggal. 

3. Kredibiliti yang tinggi.
- Pihak bank, kerajaan dan perniagaan lain lebih memandang tinggi terhadap syarikat sdn bhd berbanding entiti lain seperti milikan tunggal atau perkongsian. Dengan ini, bisnes lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman, memasuki tender kerajaan atau mendapatkan supplier yang berkualiti.

4. Kadar cukai yang rendah.
- Kadar cukai syarikat adalah lebih rendah berbanding dengan cukai individu. Malah, perancangan cukai boleh dilakukan secara sah bagi mengurangkan cukai yang dibayar.

5. Dividen syarikat tidak dikenakan cukai.
- Pemilik syarikat boleh mengambil untung dengan cara mengambil dividen.  Baiknya, kaedah adalah dividen kepada pemilik syarikat tidak dikenakan cukai. Hal ini dapat menjimatkan kos pemilik syarikat. 

6. Boleh bertukar milik.
- Pemilikan syarikat bergantung kepada pemilik saham.  Apabila seseorang itu bertindak menjual saham, dia juga melepaskan hak memiliki syarikat tersebut. Pembeli baru saham tersebut dikira  sebagai pemilik baru syarikat.

7. Boleh melantik pengurusan yang profesional.
- Pemilik syarikat tidak semestinya menjalankan operasi syarikat.  Mereka boleh memilih untuk melantik lembaga pengarah  yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk mentadbir syarikat seterusnya menjana lebih keuntungan.

8. Mudah mendapat suntikan modal.
- Modal perniagaan boleh didapati dalam bentuk pinjaman mahupun ekuiti. Syarikat lebih mudah mendapatkan pinjaman dari pihak bank seperti yang dinyatakan sebelum ini. Bagi suntikan modal ekuiti, ianya boleh dilakukan dengan menambah modal berbayar.

9. Penyata kewangan yang disahkan.
- Adalah menjadi kewajipan untuk untuk syarikat sdn bhd menyediakan penyata kewangan yang disahkan oleh auditor. Hal ini menambah kredibiliti syarikat disamping memastikan keadaan kewangan syarikat sentiasa dalam keadaan terurus. Syarikat juga mudah untuk menyakinkan pelabur      luar berkenaan kewangan syarikat dengan memberi penyata kewangan yang diaudit.

10. Potensi yang besar.
- Disebabkan pengurusan syarikat yang teratur melalui ahli lembaga pengarah yang profesional dan perlunya laporan audit tahunan, syarikat berpotensi maju ke hadapan dan lebih berdaya saing.






Sunday, 14 June 2020

RAHSIA KEJAYAAN DALAM PERNIAGAAN



KUNCI TERHEBAT DALAM PERNIAGAAN




Kebanyakkan usahawan yang baru berniaga, mereka akan mengalami dua situasi ngeri iaitu tidak berjaya buat banyak duit.  Akhirnya mendorong kepada satu lagi situasi, di mana perniagaan mereka lingkup teruk dan akhirnya "tutup kedai".

Kuasai Formula M.E.S.T.I. Formula itu adalah M.E.S.T.I iaitu M=Mentor, E=Elmu, Sistem/Strategi yang betul, T=Tindakan yang betul & I=Impian yang jelas. Pentingnya usahawan memahami formula tersebut, yang terbukti membantu kita untuk mencipta jalan kejayaan menerusi perniagaan. 

Ramai yang teruja apabila melihat orang lain berniaga dan berjaya mengubah kehidupan mereka.  Tetapi mereka terlupa beberapa bahagian penting.  Tanpa ilmu perniagaan, tanpa mentor yang terbukti berjaya, mereka akan terus dihimpit kegagalan dalam perniagaan.  Hampir 90% diri usahawan mempunyai bahagian tersebut dalam diri mereka. 

Mereka lebih rela melanggar dinding berkali-kali, membakar duit sendiri tanpa memperoleh sebarang pulangan, membuang masa dan tenaga melakukan perkara yang masih diragui keberkesanannya dan terus mencuba nasib. Akibat daripada situasi-situasi ini, keputusan terakhir mereka adalah mengangkat bendera putih dan menyerah kalah.

Penting untuk para usahawan memahami tentang 9 formula mencipta landasan kejayaan dalam perniagaan.  Terutama untuk bakal usahawan dan usahawan yang baru mula berjinak-jinak dengan perniagaan.  9 formula ini dapat membantu untuk mengubah rentak perniagaan dengan serta merta.

1. Matlamat Perniagaan & Peribadi Yang Jelas
   - Sebelum memulakan perniagaan, fahami dengan jelas tentang sebab utama untuk memulakan perniagaan.  Kenapa memilih untuk berniaga? Apakah matlamat yang ingin dikecapi daripada perniagaan.  Apakah impian anda? Hal ini kerana, perniagaan sebenarnya bertindak sebagai alat.  Matlamat, impian dan sebab adalah kunci kepada kejayaan dalam perniagaan.  Kebanyakkan usahawan yang berjaya dalam perniagaan, terdiri daripada golongan yang mempunyai matlamat yang jelas. 

Matlamat yang jelas sangat penting. Selain membantu untuk fokus dalam mencapai apa yang diimpikan, ia dapat menyelamatkan diri daripada terpengaruh dengan emosi negatif, apabila menghadapi sebarang cabaran dan halangan dalam perniagaan.

2. Kenal Pasti Masalah, Kenal Pasti Penyelesaian
    - Masalah utama yang berlaku dalam diri usahawan adalah gagal memasarkan produk atau perkhidmatan mereka dengan berkesan. Untuk menjadi usahawan berjaya, penting untuk mengenalpasti masalah sebanyak yang mungkin.  Hal ini kerana, tugas perniagaan yang hakiki adalah menyelesaikan setiap masalah yang ada, menerusi produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Dalam perniagaan, lagi banyak mengenalpasti masalah, lebih mudah untuk melaksanakan strategi pemasaran dan mencipta keyakinan dalam diri pelanggan terhadap perniagaan.

3. Strategi "Bootstrap"
    - Usahawan yang gagal sering menyalahkan isu modal sebagai alasan mereka gagal, atau tidak berjaya dalam perniagaan.  Hakikat yang sebenar adalah, tidak perlu modal perniagaan yang besar untuk bermula. Terdapat juga usahawan yang memulakan perniagaan dengan jumlah modal yang kecil. Strategi ini dikenali sebagai strategi "bootstrap".

Strategi "bootstrap" ialah memulakan perniagaan menggunakan apa yang ada dalam diri.  Seperti bakat, minat atau kemahiran sedia ada untuk menawarkan perkhidmatan atau produk kepada para pelanggan yang memerlukan. Selain itu, boleh juga menjual produk atau perkhidmatan milik orang lain. Dalam masa yang sama, kesabaran juga memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan strategi ini.

4. Test, Trial and Adjust (Dare to Explore)
    - Istilah menguji adalah istilah yang terbaik bagi menjelaskan formula yang keempat ini.  Penting untuk usahawan menguji permintaan di pasaran, dengan menjalankan percubaan demi percubaan supaya produk atau perkhidmatan dapat diterima di pasaran.

Sentiasa "up to date" serta ambil perhatian terhadap maklum balas yang diberikan. Laksanakan penambahbaikan sehingga kita benar-benar berpuas hati.  Langkah ini penting sebelum memasarkan produk atau perkhidmatan secara agresif dan besar-besaran. 

5. Guna Keuntungan Untuk Kembangkan Perniagaan
    - Formula ini adalah formula yang kritikal dalam perniagaan, terutamanya untuk perniagaan yang        baru bertapak.  Perniagaan yang berjaya menjana keuntungan semasa ia masih kecil, akan terus berjaya mengaut keuntungan sebaik sahaja perniagaannya berkembang besar. Hal ini kerana, keuntungan yang konsisten dapat membuatkan perniagaan untuk mempunyai aliran tunai yang bagus.
Bijaklah dalam merancang aliran tunai untuk perniagaan.  Simpan duit sebanyak mungkin supaya dapat kembangkan perniagaan, tanpa perlu melakukan pinjaman.

6. Memilih "Tentera" Perniagaan Dengan Teliti & Betul
    - Maksud "tentera" adalah pekerja.  Anda tidak akan mampu menguruskan perniagaan seorang diri.  Usahawan yang bijak adalah usahawan yang pandai memilih pekerja yang bagus, untuk membantu mencipta lebih banyak kejayaan.  Untuk mendapatkan tentera yang berkualiti, komited dan bagus, langkah terbaik yang boleh dilakukan adalah menulis senarai "pekerja impian". Tulis mengikut kriteria yang diingini, supaya ia dapat dijadikan sebagai satu garis panduan apabila memilih pekerja.

7. Kembangkan Perniagaan Menerusi Fasiliti Perniagaan
    - Apabila berjaya menjana keuntungan yang konsisten dan mempunyai aliran tunai yang positif, ia adalah isyarat yang mencerminkan kredibiliti untuk diberikan pinjaman.  Walaupun membuat pinjaman adalah satu tindakan yang berisiko, namun ia sebenarnya adalah langkah yang bijak bagi usahawan yang celik wang.  Wang itu boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan dengan lebih pantas.  Perkara yang paling penting adalah berdisiplin dalam memperkemaskan aliran wang tunai syarikat. Pastikan setiap transaksi duit keluar masuk dilakukan dalam satu akaun bank sahaja.  Ini adalah kesilapan besar yang sering dilakukan oleh majoriti usahawan.  Termasuklah yang baru atau yang sudah berpengalaman bertahun-tahun dalam perniagaan.  Aliran tunai adalah indikator penting pihak bank.  Untuk memudahkan mendapat fasiliti kewangan atau pinjaman daripada pihak penting, penting untuk peniaga menunjukkan aliran tunai yang konsisten, positif dan bagus.

8. Mulakan Perniagaan Sampingan
    - Dalam keadaan ekonomi yang huru-hara kini, ramai orang yang bekerja sepenuh masa memasang cita-cita untuk memulakan perniagaan sendiri.  Tanggungjawab peniaga baru sangatlah besar terutama bila buat perniagaan sampingan sambil bekerja.  Sebelum bermula, pilih perniagaan yang tidak mengganggu kerja, modal, kecil dan ada minat.  Pengurusan masa adalah kunci kejayaan.

9. Menguasai Teknik Pemasaran
  - Konsisten merupakan kunci utama kejayaan dalam sesebuah perniagaan. Ilmu pemasaran adalah ilmu yang wajib dikuasai oleh setiap usahawan.  Hal ini kerana, ilmu tersebut akan digunakan untuk menarik ramai pelanggan, untuk meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan secara drastik.  Sentiasa bersiap sedia buka minda untuk menambah ilmu pemasaran.  Belajar selok belok ilmu bagi menarik pelanggan menerusi buku-buku atau seminar-seminar yang dianjurkan oleh pakar perniagaan.  Ilmu pemasaran yang betul dan terbukti berkesan, dapat menjana keuntungan dengan pantas.  Bak kata billionair Donal Trump, "Produk yang bagus akan tetap gagal, apabila usahawan itu tidak mempunyai ilmu pemasaran".






Thursday, 7 May 2020

PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MEMULAKAN PERNIAGAAN (PART 3)


MENYEDIAKAN MODAL BAGI PERNIAGAAN.



Setelah mengkaji dan faham berkaitan perniagaan anda, tujuan perniagaan anda, target pelanggan serta matlamat perniagaan dan mengetahui cara mendapatkan modal untuk kos permulaan perniagaan.  Berdasarkan status kewangan perniagaan yang terancang akan menggambarkan perniagaan kita pada masa akan datang.

Selalunya, sebelum memulakan perniagaan, anda akan menggunakan istilah "Business Model Canvas" atau BMC.  "Business Model Canvas" atau BMC ini sangat berguna untuk menjana pendapatan perniagaan dan dapat menguruskan risiko daripada mula perancangan perniagaan lagi.

"Business Model Canvas" atau BMC merupakan sesuatu pelan yang digunakan untuk menguji kekuatan idea perniagaan yang bakal atau sedang kita laksanakan.  Tambahan pula, ia adalah ilmu asas yang wajib diketahui dalam bidang perniagaan dan sering digunakan untuk memulakan perniagaan, penambahbaikkan atau memulihkan perniagaan dan memperluas empayar perniagaan.


"Business Model Canvas" mempunyai 9 segmen langkah yang perlu diikuti.  Merujuk gambar yang disediakan di bawah, bermula dari nombor 1 sehingga nombor 4 adalah bahagian yang terpenting diikuti oleh nombor yang lain.


Gambar di atas menunjukkan 9 segmen BMC.








PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MEMULAKAN PERNIAGAAN (PART 2)


SENARAI SEMAKAN SEBELUM MULA BERNIAGA.


Sebelum menjalankan sesuatu perniagaan, anda perlu menyenaraikan semua perkara penting yang diperlukan seperti:


1. Merancang "plan" perniagaan.


- Merancang "plan" yang kukuh, menyediakan "market research", merancang struktur perniagaan,        memberi nama perniagaan,  mencari lokasi perniagaan yang sesuai, mengadakan "market & sales" dan jenis aktiviti perniagaan yang akan dilaksanakan.


2. Kewangan.


- Mengetahui kewangan yang diperlukan sama ada memerlukan pinjaman modal dari bank @ tidak serta menyediakan semua dokumen yang penting.


3. Daftar perniagaan.



- Mendaftarkan perniagaan untuk memiliki lesen perniagaan yang sah, mendaftar nombor perniagaan, mendaftar tax dan lain-lain berkaitan perniagaan anda.









Tuesday, 5 May 2020

PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MEMULAKAN PERNIAGAAN (PART 1)


PERKARA YANG PERLU ANDA KETAHUI SEBELUM MEMULAKAN ATAU MELAKSANAKAN SESUATU PERNIAGAAN.




Membina sesebuah perniagaan bukanlah mudah. Perniagaan yang dijalankan akan melibatkan keuntungan yang menguntungkan dan kerugian yang boleh membawa kepada masalah.  Sebelum anda ingin memulakan sesuatu perniagaan, anda perlu melakukan kajian terhadap selok belok perniagaan yang ingin anda ceburi.

Buat Kajian Berkaitan Perniagaan Anda.

Sebelum memulakan perniagaan, anda perlu melakukan kajian berkaitan perniagaan tersebut supaya anda lebih bersedia dan memahami perjalanan perniagaan anda.  Antara perkara yang boleh anda lakukan adalah:

  • Fahami perniagaan - Mempunyai ciri orang berniaga, memahami kesan berniaga dan mengetahui peluang berniaga.
  • Fikirkan idea - Membuat kajian sama ada idea anda relevan, contoh : siapa nak belu produk kita?. Bagaimana hendak memasarkan produk anda.
  • "Plan" perniagaan - Mengetahui cara merancang perniagaan yang berkesan, merancang kesinambungan perniagaan dan mencari maklumat untuk "market research".
  • Membeli atau membuat perniagaan sendiri - Anda perlu mengetahui kelebihan dan kekurangan sama ada membeli produk yang sedia ada ("francais" atau syarikat orang lain) atau menggunakan produk sendiri.
  • Struktur perniagaan - Memahami struktur perniagaan sama ada milikan tunggal, perkongsian, perbadanan dan koperasi.






Saturday, 2 May 2020

APA YANG ANDA PERLU TAHU?


Apa Yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Sendirian Berhad (Sdn Bhd)?


Kebanyakkan daripada kita ingin memulakan perniagaan sendiri, disebabkan tidak suka bekerja dengan orang lain atau keinginan menjadi bos yang tinggi.  Terdapat dua jenis perniagaan yang sering digunakan oleh para peniaga iaitu perniagaan online atau offline.  Perniagaan sendirian berhad atau SDN. BHD. sering berkaitan dengan jenis perniagaan yang telah banyak ditubuhkan.  Selain itu, ada juga di antara anda yang ingin menaik taraf syarikat daripada perniagaan Enterprise kepada syarikat Sendirian Berhad. 





Perbezaan Antara Enterprise dan Sdn Bhd atau Berhad.

ENTERPRISE

1. Liabiliti tidak terhad.
- Dari sudut perundangan, perniagaan enterprise tidak terpisah dari pemiliknya.  Dengan kata lain, sekiranya berlaku penutupan perniagaan disebabkan muflis, pemilik akan turut sama menjadi muflis dan harta benda mereka akan disita.

2. Tiada kesinambungan.
- Perniagaan enterprise akan terbubar sekiranya berlaku kematian kepada salah seorang pemiliknya. 

3. Kurang kredibiliti.
- Perniagaan enterprise secara asasnya merupakan sejenis perniagaan yang ditubuhkan dengan kos yang sangat murah. Perniagaan ini juga tidak mempunyai kewajipan untuk memfailkan laporan audit dan kewangan kepada SSM.

4. Susah untuk mendapat pengecualian cukai.
- Perniagaan enterprise boleh dikatakan susah atau hampir tiada pengecualian cukai diberikan kepada mereka.

SDN BHD ATAU BERHAD

1. Liabiliti terhad.
- Syarikat Sdn Bhd atau Berhad merupakan sejenis perniagaan berhad dengan modal saham. Dengan erti kata lain, sekiranya berlaku penutupan perniagaan disebabkan muflis, pemilik dan aset mereka akan terselamat.  Yang disita hanyalah harta benda syarikat sahaja.

2. Kesinambungan berterusan.
- Pemilikan dalam syariakat Sdn Bhd atau Berhad dengan diwakili dengan jumlah pegangan seseorang individu terhadap saham sesebuah syarikat tersebut.  Saham yang dipegang seseorang pemilik itu tidak boleh di pindah milik pada bila-bila masa sahaja.  Oleh itu, syarikat tidak sesekali akan terjejas walau dengan kematian mana-mana seorang dari pemiliknya pada masa kematian mereka.

3. Kredibiliti Bertambah.
- Syarikat Sdn Bhd atau Berhad ditubuhkan dengan sejumlah kos yang lebih tinggi dari enterprise. Syarikat juga diwajibkan melantik setiausaha dan auditor professional untuk membantu mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta. Laporan kewangan dan tahunan mereka juga setiap tahun diwajibkan untuk difailkan ke SSM. Ini membuatkan kredibiliti Syarikat Sdn Bhd atau Berhad lebih tinggi dan diyakini oleh pihak ketiga yang ingin berurusan dengan mereka.

4. Mendapat pelbagai insentif pengecualian cukai.
- Pengecualian cukai merupakan diantara kelebihan yang besar diperolehi oleh Syarikat Sdn Bhd atau Berhad. Pelbagai insentif pengecualian cukai dinikmati mereka dengan tujuan untuk merancakkan lagi ekonomi negara.







BAGAIMANA HENDAK MENUBUHKAN SYARIKAT SDN BHD?



Bagaimana Hendak Menubuhkan Syarikat Sdn Bhd?



Sediakan maklumat seperti berikut:

1. Beri tiga pilihan nama syarikat.

2. Beri tiga cadangan aktiviti perniagaan syarikat.

3. Cadangan akaun bank syarikat.

4. Alamat tempat tinggal bakal pengarah syarikat (jika alamat berbeza dengan kad pengenalan).

5. Alamat tempat tinggal bakal pemegang saham syarikat (jika alamt berbeza dengan kad pengenalan)

6. Nama penandatangan buku cek syarikat.

7. Syarat penandatangan buku cek syarikat.

Anda juga perlu menyediakan dokumen sokongan iaitu salinan kad pengenalan bakal pengarah  dan bakal pemegang saham syarikat.  Setelah kesemua dokumen di atas lengkap, buat temujanji dengan setiausaha syarikat.  Proses penubuhan syarikat syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mengambil tempoh antara 5 hingga 10 hari.








Thursday, 30 April 2020

BUNTU BAGAIMANA HENDAK DAFTAR SYARIKAT SDN BHD?

BUNTU BAGAIMANA HENDAK DAFTAR SYARIKAT SDN BHD DENGAN MUDAH?


Jika anda sedang mencari langkah-langkah untuk mendaftar syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) untuk perniagaan, anda membuat pilihan yang tepat kerana memilih tempat yang betul.

Apakah Itu Syarikat Sendirian Berhad?

Sendirian Berhad merupakan syarikat yang ditubuhkan di bawah jenis Syarikat Berhad.  Ia dihadkan oleh saham dan ia tidak boleh dijual kepada orang awam.  Jenis syarikat ini perlu mendaftar kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ia bermatlamat memperolehi keuntungan.



Antar ciri-ciri lain syarikat Sdn Bhd ialah:

1. Pemilik syarikat boleh lebih dari seorang atau sekurang-kurangnya dua orang.

2. Modal penubuhan syarikat adalah daripada pemilik syarikat.

3. Mempunyai saham yang dimiliki oleh lebih daripada seorang individu, yang dikenali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat.

4. Pemegang saham tidak boleh melebihi 50 orang.

5. Pemegang saham yang mempunyai 51% atau lebih dari jumlah keseluruhan saham syarikat mempunyai hak mengawal pengurusan syarikat.

6. Saham syarikat tidak boleh dijual beli di Bursa Saham Kuala Lumpur.

7. Pengarah syarikat mempunyai liabiliti terhad.

8. Tertakluk di bawah AKta Syarikat 1965 (kini dikenali sebagai Akta Syarikat 2016).

9. Tidak wajib mengumumkan laporan kewangan tahunan kepada orang awam.

10. Pemilik aset tidak dinamakan pada seseorang individu sahaja.

11. Hutang perlu dipertanggungjawab oleh syarikat.

Sebelum mendaftar, langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah melantik setiausaha syarikat untuk membantu hal -hal berkaitan penubuhan syarikat. Setiausaha syarikat berperanan sebagai individu yang menyelesaikan keperluan dokumen dengan memastikan pendaftaran dan keperluan syarikat mengikut undang-undang.  Setiausaha akan terus berkhidmat dengan syarikat selama ia wujud atau selagi tidak ditamatkan perkhidmatannya.




  LANGKAH-LANGKAH  UNTUK MENUBUHKAN  SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD)