BUNTU BAGAIMANA HENDAK DAFTAR SYARIKAT SDN BHD DENGAN MUDAH?
Jika anda sedang mencari langkah-langkah untuk mendaftar syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) untuk perniagaan, anda membuat pilihan yang tepat kerana memilih tempat yang betul.
Apakah Itu Syarikat Sendirian Berhad?
Sendirian Berhad merupakan syarikat yang ditubuhkan di bawah jenis Syarikat Berhad. Ia dihadkan oleh saham dan ia tidak boleh dijual kepada orang awam. Jenis syarikat ini perlu mendaftar kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ia bermatlamat memperolehi keuntungan.
Antar ciri-ciri lain syarikat Sdn Bhd ialah:
1. Pemilik syarikat boleh lebih dari seorang atau sekurang-kurangnya dua orang.
2. Modal penubuhan syarikat adalah daripada pemilik syarikat.
3. Mempunyai saham yang dimiliki oleh lebih daripada seorang individu, yang dikenali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat.
4. Pemegang saham tidak boleh melebihi 50 orang.
5. Pemegang saham yang mempunyai 51% atau lebih dari jumlah keseluruhan saham syarikat mempunyai hak mengawal pengurusan syarikat.
6. Saham syarikat tidak boleh dijual beli di Bursa Saham Kuala Lumpur.
7. Pengarah syarikat mempunyai liabiliti terhad.
8. Tertakluk di bawah AKta Syarikat 1965 (kini dikenali sebagai Akta Syarikat 2016).
9. Tidak wajib mengumumkan laporan kewangan tahunan kepada orang awam.
10. Pemilik aset tidak dinamakan pada seseorang individu sahaja.
11. Hutang perlu dipertanggungjawab oleh syarikat.
Sebelum mendaftar, langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah melantik setiausaha syarikat untuk membantu hal -hal berkaitan penubuhan syarikat. Setiausaha syarikat berperanan sebagai individu yang menyelesaikan keperluan dokumen dengan memastikan pendaftaran dan keperluan syarikat mengikut undang-undang. Setiausaha akan terus berkhidmat dengan syarikat selama ia wujud atau selagi tidak ditamatkan perkhidmatannya.
No comments:
Post a Comment